10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

| March 11, 2012

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang | Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

  • Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
  • Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
  • Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
  • Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
  • Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  • Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Melayukini.net - Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Sumber: Buah Pinggang | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • tanda sakit buah pinggang
  • tanda tanda sakit buah pinggang
  • sakit buah pinggang
  • tanda-tanda sakit buah pinggang
  • tanda penyakit buah pinggang
  • simptom sakit buah pinggang
  • buah pinggang
  • tanda tanda penyakit buah pinggang
  • penyakit buah pinggang
  • tanda awal sakit buah pinggang

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.